Pertandingan OMK ialah satu pertandingan matematik peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA). OMK merupakan pertandingan akademik paling berprestij di Malaysia, di mana pelajar-pelajar terbaik dari seluruh negara bertanding untuk menyelesaikan masalah-masalah matematik yang mencabar. Pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam OMK akan dipilih dan layak disaring untuk mewakili negara ke pertandingan International Mathematical Olympiad (IMO).